Monday, August 22, 2011

..Manusia yg KEJAM..

Assalamua'laikum & have a gud day today..
choose ur own way..hope jgn la folow beyonce-to the left..to the left..hehe

Selain drpd manusia2 kejam kt Israel tuh..hurm..rasa nya yg nei lg kejam kot..huhu..jom baca nei..

10 JENIS MANUSIA(MUSLIM) YG KEJAM..



1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin,


2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.


3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.


4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak member salam dan mendoakan ahli kubur.


5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.


6. Seorang yang didaerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.


7. Dua orang yang bertemu diperjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.


8. Seorang yang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.


9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.


10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.


wa'allahua'lam..
 
Nota crayon: Astaghfirullahal'azim..pas bace je yg no.2 tue.RF trus mengaji balik..habis kan quran yg nk masuk 4 thn x khatam2 lg..huhu..(dh byk kali ulang n khatam la,yg nei yg stat baca blk masa blaja kt KL dulu..huhu kejamnye saye..)..n alhamdulillah, minggu pertama ramadhan dpt habiskan..then,dah stat balik dah..kali nei nk semak terjemahan skali..yelah..bace je x tahu maksud pn x guna kan...kalo nk ilmu n redha ALLAH kite kena cari..usaha..nak seribu daya,xnak seribu dalih kan..heee...so, slmt bertadarus Al-Quran..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...