Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan oh Ramadhan..4

Assalamua'laikum & have a gud day today..

FADHILAT PUASA RAMADHAN...

Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yg telah ‘aqil baligh dan ketiadaan uzur syar’i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya, tetapi wajib mengqada’nya pada hari dan bulan yang lain.



Puasa Ramadhan merupakan rukun Islam yang ketiga. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntut keredhaan ALLAH S.W.T., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.”


Sabda Baginda Rasulullah S.A.W.:


‘’Setiap amalan anak Adam (manusia) iti digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman ALLAH S.W.T (maksudnya);” Kecuali puasa yang dikerjakan untuk KU, maka AKU-lah yang membalasnya. Dia menaha syahwatnya dan meninggalkan makan kerana AKU”


Bagi orang yang puasa itu dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui TUHANnya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi.”


(Riwayat Muslim dari Abu Hurairah.r.a)



Selamat beribadah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...