Wednesday, August 17, 2011

3 FASA RAMADHAN..

Assalamua'laikum w.b.t..

Sekejap je lagi kita akan b'puasa utk hari yang ke-17..Ya ALLAH..masa b'lalu dgn pantas..setinggi kesyukuran kupanjatkan pada Mu kerana sehingga hari ini,saat ini aku masih bernyawa dan diberi kesempatan untuk terus beribadah dalam bulan yg mulia ini, disamping mencari 3 ganjaran terbesar Mu itu..

hurm..3 ganjaran yang terdapat pada setiap fasa ramadhan..kalo pegi masjid utk terawih,sbelum terawih selalunya imam akan bagi tazkirah sket n mesti dia ada sebut perkara nei punya..hee..xpe kalo lupe meh kite recap balik..

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:
"Permulaan Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghfirah), dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka".

Fasa 1 (10 malam pertama Ramadhan):
ALLAH swt limpahkan RAHMAT yg banyak seumpama titik-titik hujan dari langit yang gugur ke bumi.

Fasa 2 (10 malam kedua Ramadhan):
Limpahan keampunan dari ALLAH swt. Beristighfar dan bertaubat lah sebanyak yang mungkin untuk meraih keampuanan dariNYA.

Fasa 3 (10 malam terakhir Ramadhan):
Kita dilimpahi kebebasan daripada api neraka oleh ALLAH swt dan dapat memasuki syurga melalui pintu Ar-Rayyan.

sumbangan cik gugel..macey..

“Ya Allah, Ampunilah segala dosaku, dosa kedua ibubapaku, dosa guru-guruku, dosa mereka yang pernah berbakti kepadaku, dosa mereka yang berada di atas jalan suciMu dan dosa mereka yang mati di atas agamaMu" Ameen..

Nota crayon: 
Bagaimana kita hendak menadah ganjaran ALLAH yang turun dgn mencurah-curah ni? Cuba tanya diri kita, dah brapa juzuk atau brapa helai kita baca Al-Quran? Solat terawih macam mane,dah pernah missed ?  Sehingga hari ni,saat ini dah  brapa byk kita berzikir sepanjang sepertiga Ramadhan yang lalu? hurmm..kita masih ada balance lebih kurang 2/3 hari-hari ramadhan yang bertuah ini yang akan kita lalui.  So, rebutlah peluang yang terbentang luas dihadapan kita, tawaran ni bukannye ada sepanjang tahun, tapi hanya sebulan dalam setahun.  Jadikanlah bulan Ramadhan tahun ini sebagai bulan Ramadhan yang TERBAIK bagi kita.  Sebab, belum pasti lagi kita akan berpeluang utk berjumpa dengan Ramadhan 1433H, taon depan.. 

Wallahua'alam..

Renungkan-renungkan,jgn asyik t'menung je..(^,~)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...