Tuesday, August 16, 2011

FADHILAT PUASA RAMADHAN


Assalamua'laikum & Salam Ramadhan..

Pejam-celik2 arini dah masuk hari yg ke 16 kita semua berpuasa..jom recap balik tentang puasa ramadhan..
sumber dari cik gugel..
Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yg telah ‘aqil baligh dan ketiadaan uzur syar’i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya, tetapi wajib mengqada’nya pada hari dan bulan yang lain.


Puasa Ramadhan merupakan rukun Islam yang ketiga. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntut keredhaan ALLAH S.W.T., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.”


Sabda Baginda Rasulullah S.A.W.:


’Setiap amalan anak Adam (manusia) iti digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman ALLAH S.W.T (maksudnya);” Kecuali puasa yang dikerjakan untuk KU, maka AKU-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana AKU


Bagi orang yang puasa itu dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui TUHANnya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi.”


(Riwayat Muslim dari Abu Hurairah.r.a)

sumber dari cik gugel jgk..
Nota crayon: apa yg menyedihkan pada hari ini,boleh dikatakan lebih dari 50% umat Islam di Malaysia tak puasa..ada yg slumber je makan depan orang ramai..langsung x rasa berdosa dan x hormat bulan yg mulia nei...b'dasarkan pengalaman RF sendiri,pnah je terjumpa satu warung nei,owner dia org melayu kita dan die dgn slumber giler menjual time puasa,tengah hari time lunch plak tuh..n ade je org muslim kita nei g mkn dgn rasa x berdosa langsung...warung tu kt area perindustrian bakar arang last year kalo x silap,time tu RF balik umah utk solat (coz mmg waktu rehat je blk umh lg pon kt opis x selesa nk solat..huhu besa la keje ngn bangsa lain).

Wallahu'alam bissawab..

Sesungguhnya ALLAH itu Maha melihat dan mengetahui segala yang kita lakukan..



Kelebihan Bersahur...

Assalamua'laikum & Selamat berpuasa..

Kenapa kita kena b'sahur??jom baca nei..



Daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Hendaklah kamu semua makan sahur, sesungguhnya dengan bersahur itu akan beroleh keberkatan.”


Huraian:
Umat Islam disunatkan untuk makan sahur sama ada bagi puasa wajib mahupun puasa sunat, sekalipun mengambil sedikit sahaja dari makanan atau pun minuman. Hikmah disunatkan makan sahur ke atas orang yang hendak berpuasa ialah untuk memberi kecergasan dan memperbaharui niat untuk berpuasa pada esok harinya. Orang yang berpuasa dan makan sahur pada waktunya dengan niat kerana Allah, nescaya Allah akan memberikan rahmat dan keberkatan di dalam hidupnya dan inilah kelebihan yang tidak diperolehi melainkan bagi orang-orang yang bersahur sahaja.




SO,sesape yg tak bangun sahur tu rugi la kan..hurm..kalo x lalu makan, minum air pon dh memadai..yang penting b'sahur jugak..rugi la,pahala tu..(^____^) baru nei RF pn dh x lalu nk mkn sahur,naseb baek ada cekelat kedberi..hehe.. mkn 2-3 ketol ngn air...kalo cekelat xde,mkn kurma YUTA..sedap..n kalo paling2 malas sesgt minum susu je..hurm..



Nota crayon:
Semalam RF x bangun sahur coz letih sesangat byk sgt keje ptg tu..tp tu bukan alasan kan..hurm..mama dh kejutkan tp terbangun pon..actually, b4 tdo dh makan siap2..kul 3 br tdo..heee...Rasanya puasa taon nei mmg x missed bangun sahur lg kecuali semalam je..b'banding taon sebelum nei mmg slalu skip sahur dgn alasan mengantuk..hurm..xbagos kn alasan cenggitu..ish..ish..

Sempena bulan Ramadhan yg mulia nei mari la kita sama2 Upgradekan AMALAN, dan Downgradekn KEMUNGKARAN..

Nak tdo lu..huhu..daa..Zzzzz (-.-)fuh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...