Showing posts with label dunia. Show all posts
Showing posts with label dunia. Show all posts

Friday, August 19, 2011

KAMI BLOGGER PRIHATIN

Assalamua'laikum brothers sisters..

Saat kita semua sedang menikmati juadah berbuka yang beraneka, tanpa kita sedari saudara2 kita di Somalia landa kebuluran dan memerlukan bantuan dari kita.


bayi kecil yang menderita kerana kebuluran..setitik air sgt berharga bg mereka tapi kita...??

mereka berebut-rebut utk mendapatkan sesuap nasi..tapi kita??


Hulurkan bantuan kepada mereka..kerana mereka sgt2 memerlukan.. semoga ALLAH swt memberkati setiap bantuan yg kita hulurkan dan dilimpahkan lagi rezeki yang melimpah ruah..Insya'allah..


Segmen ini bertujuan utk menyokong kempen TABUNG KEMANUSIAAN SOMALIA anjuran ISLAMIC RELIEF MALAYSIA...bloggers yg prihatin sila klik header bwh nei utk join.. Pada sesiapa yang berminat untuk menderma , boleh lah terus visit kt laman nei:
http://irmblog.org/2011/07/serious-drought-in-somalia-affecting-livelihoods/ 






Nota crayon: Pembaziran adalah amalan syaitan..membeli mengikut keperluan jgn sampai membazir melampau..beli banyak2 pastu x makan..then buang mc tu je..huhu..


Friday, August 12, 2011

PeSaNaN daRi En.BuMi..

Assalamua'laikum & have a gud day today..


Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dgn keindahan dunia yang ‘plastik’ belaka..Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dgn manusia namun masih ramai lagi manusia yg lalai dan leka..



Berkata Anas Bin Malik r.a:


‘’Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dgn sepuluh perkara’’


1. Wahai Anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan kedalamnya kelak..
2. Engkau melakukan MAKSIAT di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku..
3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku..
4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah!! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
5. Engkau mengumpul HARTA diatas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku..
6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku..
7. Engkau ANGKUH di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan DIHINA di dalam perutku..
8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita..
9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku..
10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai,tetapi ingatlah! ENgkau akan keseorangan di dalam perutku..


Wallahua’lam bissawab..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...