Assalamua'laikum & have a gud day today..
Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dgn keindahan dunia yang ‘plastik’ belaka..Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dgn manusia namun masih ramai lagi manusia yg lalai dan leka..
Berkata Anas Bin Malik r.a:
‘’Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dgn sepuluh perkara’’
1. Wahai Anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan kedalamnya kelak..
2. Engkau melakukan MAKSIAT di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku..
3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku..
4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah!! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
5. Engkau mengumpul HARTA diatas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku..
6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku..
7. Engkau ANGKUH di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan DIHINA di dalam perutku..
8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita..
9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku..
10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai,tetapi ingatlah! ENgkau akan keseorangan di dalam perutku..
Wallahua’lam bissawab..
insaf serta mertaaiman...nice entry.....thumbs up.....bulan2 posew ni,entry begini sewajarnya diperbnyakkn(ayt buku...so sorry!)heehee..^^
ReplyDeletetq aiman..sharing is caring..kita kena slalu saling igt mengingati antara satu sama lain... kat dunia nei semua 'WARNA' cantik, tp kena la pndai pilih..hehe..xpe ayat buku ke majalah ke, janji ikhlas..(^,~)
ReplyDeletetq.. nice entry.. :) renung-renungkan dan selamat beramal.. >_<
ReplyDelete(^^,) my pleasure ismazurina...
ReplyDeletethanks remind me pasal bumi :)
ReplyDeletewelcome sutera kasih..(^^,)
ReplyDelete